Air melimpah di Kedah, empat kampung dilanda banjir kilat
Sekurang-kurangnya empat kampung sekitar Yan, Kedah dilapor terkesan akibat banjir kilat selepas hujan lebat lebih sejam. Air deras melimpah dari pergunungan di kawasan air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun, di Yan menyebabkan beberapa sungai turut dilimpahi air. Antara kampung yang terkesan adalah Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Raga, Kampung Ruat dan Kampung Titi Bakong….