Bimbang ‘Banjir Baling’ berulang, penduduk gesa Kedah henti pembalakan Hutan Simpan Gunung Bongsu
Sekumpulan penduduk di Kulim, Kedah menggesa kerajaan negeri menghentikan segera aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Bongsu. Mereka beramai-ramai termasuk aktivis alam sekitar bersolidariti menuntut agar hutan tersebut dilindungi. Dalam satu kenyataan oleh Ketua Cabang PKR Kulim Bandar Baharu, Teh Lean Ong, pimpinan kerajaan negeri perlu memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjamin. Katanya, Hutan Simpan…