Dakwaan ramai jamaah haji muntah darah akibat strok haba tidak betul
Dakwaan bahawa ramai jamaah haji yang muntah darah akibat strok haba di Mekah sekarang tidak benar. Menurut laman yang disediakan oleh kerajaan Malaysia, Biar Betul, semakan melalui Tabung Haji mendapati, memang benar ada jamaah haji yang meninggal dunia tetapi buat masa sekarang bukan kerana cuaca. “Ia bukan asbab kematian tetapi faktor-faktor lain termasuk serangan jantung,”…