‘Saya dendam apa? Kamu curi berbilion, bagi balik kepada rakyat’
Perdana Menteri mempertahankan keputusan pentadbirannya meningkatkan gaji penjawat awam dengan menegaskan tidak ada negara yang runtuh kerana membantu rakyat miskin. Sebaliknya kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membuatkan sesebuah negara runtuh adalah disebabkan gelojoh dan hasad dengki. “Saya yakin tidak ada negara dalam dunia dari zaman purbakala, pentadbiran Raja-Raja dan Maharaja yang merudum dan runtuh…