DAP anggap pemimpin Pas tak hormati hak rakyat berbilang kaum, agama
Sekumpulan pemimpin DAP menyifatkan rata-rata kepimpinan Pas tidak menghormati hak rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Menerusi kenyataan bersama tiga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP hari ini, mereka menyelar tindakan beberapa pemimpin Pas yang mempolitikkan majlis Sambutan Hari Natal di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). “Kenyataan tersebut bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung…