Ramai terharu, tertanya nenek bongkok siapa ini yang gigih bersedekah
Ramai terharu menyaksikan bagaimana seorang wanita tua yang terlalu bongkok tubuhnya tetapi masih gigih bersedekah. Perbuatan mulia individu berkenaan tular di media sosial mengundang pujian warganet. Menerusi rakaman video itu, nenek tersebut mulanya dilihat mengira wang kertas seringgit di tangannya sebelum menghulurkan kepada individu yang cacat penglihatan. Selepas itu, beliau bergerak beberapa langkah menuju kepada…