Harga RON97 dan diesel terus turun setiap minggu, esok berkurang 15 sen
Terus menyaksikan penurunan setiap minggu, harga RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing turun sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok sehingga 18 September. Ini bermakna harga baharu untuk setiap liter RON97 adalah RM3.25 manakala RM3.01 bagi diesel. Penurunan harga runcit petroleum sebanyak 15 sen itu adalah tertinggi direkodkan sejak Ogos lalu. Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan…