Ribut petir, angin kencang, hujan lebat di empat negeri petang ini
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 7 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, cuaca itu dijangka berlaku di Terengganu membabitkan Dungun dan Kemaman serta Negeri Sembilan iaitu sekitar Seremban, Port Dickson dan Rembau. Menurutnya, di Johor cuaca sama membabitkan kawasan di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru….