PADU berpandukan pendapatan boleh guna bersih, elak rakyat tercicir
Sistem dibangunkan Kerajaan Perpaduan iaitu Pangkalan Data Utama (PADU) akan dapat membantu menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat yang lebih tepat. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan bahawa PADU juga sekali gus mengelakkan masalah keciciran berdasarkan pendekatan pendapatan boleh guna bersih. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran PADU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari…