Dr Ng satu-satunya AJK Cina, akui tertarik pada kesederhanaan AMANAH
Pemuda AMANAH Nasional buat pertama kalinya melantik anggota Cina, Dr Ng Rui Wei dalam barisan kepimpinannya. Dr Ng, 36, merupakan Ahli Jawatankuasa pemuda AMANAH Nasional dan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Ekonomi dan Perdagangan. Ketika dihubungi, graduan lulusan doktor falsafah (PhD) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, ini merupakan kali pertama beliau menyertai…