Reformasi parlimen dengan Akta Perkhidmatan Parlimen
Kerajaan komited untuk melaksanakan reformasi institusi Parlimen dengan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen bagi merealisasikan hasrat pengasingan kuasa antara badan legislatif dan eksekutif. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya-GPS) berkata, pada ketika ini kerajaan sedang mengkaji keperluan menggubal akta tersebut. Menurutnya, penggubalan akta ini akan dimuktamad selepas dibentang dalam mesyuarat jemaah menteri….