Danial harap pelajar sekolah bentang kertas kerja permohonan peruntukan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron berharap kertas kerja yang akan dibentang menerusi permohonan geran pendidikan tahunan di kawasan berkenaan, dapat dilaksanakan sendiri oleh pelajar terlibat. Katanya, beliau berhasrat memperkenalkan kaedah penyediaan geran itu bertujuan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan dan pada masa sama menjalin hubungan baik dengan pihak sekolah….