Bini muda tak bawa pun, kata Sanusi kepada mangsa banjir selepas balik dari Jepun
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan bahawa beliau telah membawa isteri keduanya dalam lawatan kerja ke Jepun. “Pasal apa bawa bini muda? Tak bawa pun. “Bini ada kat rumah. Seorang kerja cikgu, seorang kerja polis. Takkan nak bawa.” Beliau berkata demikian semalam ketika melawat penduduk yang terjejas akibat banjir di pusat…