Kemudahan penjagaan anak, warga tua perlu untuk tingkatkan tenaga kerja wanita
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong mahu kemudahan penjagaan anak dan warga tua disediakan agar kadar tenaga kerja wanita Malaysia boleh dipertingkatkan. Beliau berkata kebanyakan wanita tidak menjadi tenaga kerja kerana menjaga anak dan ibu bapa yang sudah berumur. “Sepatutnya lebih ramai wanita, terutamanya daripada golongan kurang berada, perlu menyertai sektor pekerjaan…