Peningkatan hutang kerajaan tahun lalu lebih rendah berbanding 2022
Hutang Kerajaan Persekutuan mencatat peningkatan lebih rendah iaitu 8.6 peratus pada tahun lalu berbanding 10.2 peratus pada 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2023 adalah sebanyak RM1,172.5 bilion atau 64.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM1,079.6 bilion atau 60.3 peratus daripada KDNK pada 2022….