Sanusi diarah bayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz
Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berhubung kenyataan fitnah yang dibuat Sanusi empat tahun lepas. Keputusan itu dibuat mahkamah selepas membenarkan permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah ganti rugi dari daripada RM50,000 kepada RM120,000…