Selepas Sanusi kalah saman, ‘Mamu’ pula terima notis tuntutan daripada Mahfuz
Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar mengeluarkan notis tuntutan ke atas seorang individu dikenali sebagai Mamu dan kepada pentadbir atau pemilik akaun Tiktok @sembangkedaikopi yang telah menerbitkan dan menuturkan kata-kata fitnah terhadapnya. Peguamnya Noorazmir Zakaria dari firma Akram Hizri Azad & Azmir berkata satu notis tuntutan pada 18 April lalu telah dikeluarkan kepada individu tersebut…