Jenayah perang Israel: Dunia tidak boleh bertolak ansur – AMK
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menyeru masyarakat antarabangsa untuk menilai krisis yang berlaku di Timur Tengah berdasarkan sudut pandang yang adil dan saksama. AMK dalam kenyataan menyifatkan, sebarang bentuk peperangan akan membawa kerugian kepada semua pihak. Katanya, konteks di Timur Tengah ketika ini memerlukan sebuah pendekatan yang berbeza bersandarkan kepada fakta dan keadaan semasa….