Disyaki alami gejala, Menteri Kesihatan dirujuk ke hospital
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk ke jabatan kecemasan sebuah hospital awal pagi tadi selepas disyaki mengalami gejala ‘renal colic’. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini. ”Menteri Kesihatan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. “Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik…