Asyraf Wajdi beri amaran jangan kaitkan UMNO dengan duit RM170 juta disiasat SPRM
UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu memandang serius cubaan mengaitkan UMNO dengan penemuan wang tunai berkenaan. “UMNO menegaskan bahawa parti ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan…