Berapa jumlah SST yang dikutip tahun lepas? Ini jawapan Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan, jumlah keseluruhan kutipan hasil cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) bagi tahun 2024 dianggarkan sebanyak RM44.7 billion. “Jumlah ini akan dimuktamadkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2024 kelak. “Amaun ini adalah lebih tinggi berbanding dengan sasaran kutipan SST sebanyak RM41.3 bilion.” Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Chong Zhemin (PH-Kampar)….