Hujan berterusan hingga 31 Disember, di mana?
Hujan akan berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 31 Disember, umum MetMalaysia dalam Amaran Hujan Berterusan (Waspada) hari ini. Di Sabah hujan akan berterusan sehingga 30 Disember melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. Amaran sama telah dikeluarkan untuk tempoh 29 hingga 31 Disember…