32.51 peratus sudah keluar mengundi setakat 12 tengah hari
Sebanyak 32.51 peratus pemilih telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sebagai perbandingan, sehingga waktu yang sama peratusan keluar semasa PRK DUN Pelangai dengan seramai 16,456 pengundi berdaftar pada 7 Oktober 2023 ialah 44 peratus. Proses pengundian…