Sultan Johor angkat sumpah Agong, Sultan Perak timbalan
Sultan Johor Sultan Ibrahim dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini bagi tempoh lima tahun. Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara, lapor Bernama. Pada istiadat itu akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah…