Danial mahu bawa perubahan sosioekonomi di DUN Batu Tiga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron merancang untuk melihat berlakunya ‘angin perubahan’ sosioekonomi dari segi perumahan dan pekerjaan di kawasan diwakilinya. Beliau berkata, angin perubahan yang berada dalam radarnya itu adalah daripada segi mahu membangunkan semula perumahan yang sudah terlalu lama. ”Kemudian kita melihat juga kepada aspek-aspek yang boleh membantu…