Perkembangan banjir di enam negeri semakin positif
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berkurangan berbanding malam tadi. Kelantan mengekalkan jumlah mangsa paling tinggi setakat ini, namun jumlah itu berkurangan kepada 6,269 orang pagi ini berbanding 7,600 orang malam tadi, dengan 18 PPS masih beroperasi. Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat…