Majlis Media Malaysia sambut baik jaminan kerajaan lindungi hak wartawan
Majlis Media Malaysia (MMM) mengalu-alukan penegasan semula kerajaan mengenai hak wartawan untuk bertanya soalan berkaitan tanpa rasa takut atau ancaman. Menurut MMM, sudah menjadi tugas wartawan untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan mengenai dasar, program serta tindakan kerajaan. Menerusi kenyataan itu, ia juga merupakan amalan kewartawanan yang baik untuk mengesahkan fakta dan menjelaskan sesuatu perkara…