Premis makanan kotor? KKM boleh tutup kedai
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa ia boleh mengambil tindakan penguatkuasaan dan menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan dan memberi arahan penutupan premis tidak melebihi tempoh 14 hari ke atas premis yang kotor. “KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada pemilik premis makanan yang kotor…