Mahfuz boleh failkan kebankrapan ke atas Sanusi
Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar mempunyai pelbagai cara untuk memastikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi saman fitnah sebanyak RM120,000 sebagaimana diarahkan Mahkamah Rayuan sebelum ini. Peguam Dr Zulqarnain Lukman berkata cara tersebut antaranya memfailkan tindakan kebankrapan, writ sita dan lelong, saman penghutang penghakiman atau garnismen. “Dalam kes…